suria

Kes kematian tahanan dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa disiasat

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemukan meninggal dunia ketika dalam tahanan reman di lokap balai polis Pengkalan Chepa. Gambar hiasan.

SEORANG lelaki berusia 37 tahun yang ditahan atas dakwaan kesalahan dadah ditemukan meninggal dunia dalam lokap balai polis Pengkalan Chepa pada Ahad (16 Januari).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kes kematian tersebut kira-kira 4.35 petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditahan Sabtu, rakyat Malaysia ditemui mati dalam tahanan polis di Thailand Ahad

"Kematian membabitkan seorang lelaki berusia 37 tahun di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa di Kota Baru, Kelantan.

"Mangsa ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan Isnin pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa sebelum ini berada di bawah perintah reman selama empat hari mulai Ahad.

"Perintah reman dibuat di Mahkamah Kota Bharu.

"Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain