suria

Tun M stabil, mohon rakyat doakan segera sembuh - Marina

Tun Dr Mahathir kini dalam keadaan stabil. Foto: Vincent Thian/ POOL/ AFP

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam keadaan stabil di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara tersebut disahkan oleh anak beliau, Datin Paduka Marina Mahathir menerusi satu kenyataan lewat petang Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri melawat Tun M di IJN

"Sejak dua hari yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang dilaksanakan pada 8 Januari 2022.

"Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

"Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya," kata Marina dalam kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Dr Mahathir, 96, dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar pada 13 Januari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tun Dr Mahathir Mohamad, IJN, CCU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain