DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjelang prosiding rasuah pada Isnin pagi. Presiden Umno itu tiba pada pukul 9.04 pagi, melambai kepada penyokongnya sebelum memasuki kompleks tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio kaitkan dengan Ahmad Zahid hanya serangan politik - “Kalau betul... apa masalahnya?” Terdahulu, Timbalan Presiden Umno Datuk Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di mahkamah, masing-masing sekitar 8.20 pagi dan 8.30 pagi. Ahmad Zahid hari ini bakal mengetahui sama ada beliau perlu membela diri atas 47 pertuduhan rasuah membabitkan jutaan ringgit daripada yayasan amalnya Yayasan Akalbudi (YAB). Collin Lawrence Sequerah bersedia untuk menyampaikan keputusannya pada hari ini. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI