PENGGUNA Facebook, WhatsApp dan Instagram berhadapan gangguan apabila ketiga-tiga platform media sosial itu tergendala pada Selasa petang. Berdasarkan carian mStar di laman Twitter, netizen turut berkongsi mengenai masalah sama yang dihadapi mereka, sekitar jam 3 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Facebook, WhatsApp dan Instagram tergendala... apa berlaku sebenarnya? "Eloklah serentak sekali down tiga serangkai ni. Facebook, WhatsApp dan Instagram. "Ingatkan line aku yang bermasalah, sekali WhatsApp dengan Instagram tengah down," tulis beberapa netizen. Malah, ada netizen turut berjenaka kerana laman Twitter masih boleh beroperasi seperti biasa ketika tiga platform tersebut gagal diakses pengguna. Sekitar 3.20 petang, ketiga-tiga platform tersebut dilihat kembali pulih seperti biasa. Dalam pada itu, syarikat teknologi Meta Platforms, Inc. yang sebelum ini dikenali sebagai Facebook, Inc. masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal itu. Untuk rekod, Facebook, Instagram dan WhatsApp bernaung di bawah syarikat Meta Platforms, Inc. yang berpangkalan di Menlo Park, California.