BELUM rezeki untuk memiliki cahaya mata kelima, usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati mengalami keguguran ketika usia kandungan berusia 10 minggu. Berita sedih itu diumumkan Rita menerusi laman Instagram miliknya, pada Khamis malam dengan berkongsi gambar imbasan dalam kandungan. Bercakap kepada mStar, Rita mengakui sedih namun menyifatkan tempoh kehamilan itu membahagiakannya dan suami, Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah. ARTIKEL BERKAITAN: "Balik beli barang, suami beritahu positif Covid-19" - Rita Sosilawati sayu anak rayu nak jumpa daddy untuk 2-3 minit, terpaksa 'tipu' yang bongsu! ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pusara ibu untuk diziarahi, Rita Sosilawati masak menu kegemaran arwah untuk ubat kerinduan... "Rindu tak semestinya menangis" "Saya dapat tahu mengenai keguguran ini pada Rabu. Tak ada rezeki. Saya reda dengan takdir yang berlaku, semuanya adalah ketentuhan Tuhan," katanya ketika dihubungi. Foto imbasan kandungan Rita. foto instagram rita_sosilawati Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata, dia mendapat tahu bahawa dia hamil anak kelima, kira-kira dua bulan lalu. Menurutnya, dia sebelum ini menyuarakan hasrat untuk dikurniakan cahaya mata kelima dan berdoa di tanah suci Makkah ketika menunaikan umrah bersama suami, November lalu. "Masa di tanah suci, saya berdoa untuk dikurniakan lagi anak pada tahun 2022. Bila dapat tahu saya mengandung, sudah tentu saya gembira. Saya reda dengan takdir yang berlaku, semuanya adalah ketentuhan Tuhan. RITA SOSILAWATI "Saya dan suami memang sukakan kanak-kanak. Saya juga berharap untuk dapat baby girl. Tapi saya reda kali ini bukan rezeki saya. "Bagaimanapun, saya masih tidak berputus asa. Saya akan terus berdoa dan berusaha agar dikurniakan cahaya mata kelima," katanya sambil menambah usia kandungannya terlalu awal untuk mengetahui tentang jantina. Rita (kanan) dan suami reda dengan ketentuan Tuhan. Rita berkata, dia sebelum ini mengalami pendarahan akibat keguguran itu namun keadaannya kini stabil dan berehat di rumah selepas discaj dari hospital pada Rabu. "Doktor nasihat saya untuk berehat. Pemantauan diteruskan dan kini berpantang. "Apa pun, saya bersyukur kerana menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat daripada suami, keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengenali saya. "Terima kasih kepada semua yang mendoakan," katanya. Selama 10 tahun perkahwinan, Rita dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu Kaisar Raees, Khalid Rashad, Khaylila Rafaahiyah dan Khalil Rizqullah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI