suria

Banjir Terengganu, Kelantan: Abang Viva sekali lagi mahu selamat mangsa banjir

Sebuah rumah hampir ditenggelami banjir.

‘ABANG Viva’ akan pergi ke negeri Kelantan dan Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa banjir berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Azwan Omar berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.

“Ya saya memang ada perancangan untuk pergi (membantu mangsa-mangsa banjir),” katanya pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat satu keluarga, geng rider tak kisah motor kena lumpur... sanggup lupakan kerja, tolak bonus nak jadi sukarelawan misi bantuan banjir!

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Suria FM turun padang bantu mangsa banjir... Sebak tengok keadaan rumah dan kereta musnah dipenuhi lumpur

Pada Ahad, sebuah hantaran di Facebook Viral Media Johor memaparkan tangkap layar perbualan antara Azwan bersama pengguna media sosial yang menyatakan Azwan dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh untuk bertolak, Azwan berkata dia masih belum pasti lagi bila akan bergerak ke negeri tersebut.

“(Bila nak pergi) Itu saya tidak pasti lagi tetapi nanti kalau ada apa-apa saya akan ‘update’ (maklumkan) di Facebook saya.

“Memang saya akan ‘update’ di Facebook saya sahaja,” ujarnya. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain