SEORANG penunggang basikal mengalami kecederaan ringan selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika menunggang menuruni bukit, pada Sabtu. Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh menerusi satu kenyataan pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang basikal maut dirempuh kereta "Perlanggaran berlaku 10.11 pagi Sabtu di Jalan Nusa Bukit Tunku. Seorang penunggang basikal merempuh sebuah MPV yang sedang membelok ke kanan ketika dia menuruni bukit dengan laju. "Penunggang basikal berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kenderaan tidak mengelami sebarang kecederaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kedua-duanya telah hadir ke Balai Polis Trafik Tun H.S Lee," katanya. Kes disiasat di bawah Rule 3(2)(b) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum memintas. Terdahulu, video kejadian memaparkan seorang penunggang basikal yang sedang menuruni bukit dengan laju sebelum merempuh sebuah kenderaan yang membelok, menjadi tular di media sosial. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI