PASUKAN penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ke Singapura pada 29 dan 30 Mac ini bagi mengumpul maklumat dan merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, 'Commercial Affairs Department' Singapura telah bersetuju untuk pasukan penyiasat PDRM pergi ke negara itu pada tarikh yang disebutkan. ARTIKEL BERKAITAN: SPRM cari RM41.9 juta dikaitkan dengan Leissner, Rohana - Azam Baki ARTIKEL BERKAITAN: VTL darat dapat dilaksanakan sebelum hari raya - Ismail Sabri "Siasatan berhubung kes itu masih diteruskan dan ia melibatkan kenyataan saksi yang berada di Malaysia dan Singapura. "CAD telah memberi kerjasama dengan berkongsi maklumat dokumen secara ‘on intelligence basis’ dengan pegawai penyiasat JSJK," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Oktober tahun lalu dan polis telah diarahkan untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada individu di Singapura untuk digunakan di mahkamah Malaysia. Kamarudin memaklumkan, polis akan memfailkan permohonan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 melalui AGC. Tambahnya, pihak berkuasa Singapura juga mempersetujui untuk pasukannya hadir ke sana pada Disember 2021 dan Februari lalu. "Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat ke sana kerana beberapa faktor termasuk penggantungan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) fsto 23 Disember sehingga 20 Januari lalu. "Pegawai penyiasat pula kontak rapat dan disahkan positif Covid-19 pada Februari. Itu menghalangnya daripada memberi maklum balas mengenai tarikh yang sesuai untuk pasukan ke Singapura. "Pada masa sama, kita juga tidak mendapat maklum blas daripada saksi di sana tentang persetujuan untuk temubual," katanya. - The star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI