suria

362 tahanan Rohingya lari dari depot Imigresen ditangkap semula

Sebahagian daripada tahanan yang berjaya ditangkap semula.

SERAMAI 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud, dalam kejadian sekitar pukul 4.30 pagi itu, tahanan melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Pati maut kemalangan, 500 cuba lari depot imigresen

"Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan SOP dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari PDRM, RELA dan orang ramai.

"Sehingga jam 10.00 pagi ini seramai 362 orang tahanan telah berjaya ditangkap semula. Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan," katanya lagi.

Khairul Dzaimee dalam pada itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari agar memaklumkan kepada pihak Imigresen atau PDRM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain