suria

Tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah... Lelaki Kanada didenda RM800

Dia melakukan kesalahan itu di Village Grocer M-City, Jalan Ampang, pada 9.30 malam, 16 April lalu.

SEORANG warga Kanada didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa selepas dia mengaku bersalah tidak memakai pelitup muka dan membuat isyarat lucah di sebuah pasar raya.

Theberge Travis Lee, 44, didenda selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan itu di hadapan Majistret S. Mageswary.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab di negara orang! ‘Karen’ versi lelaki pula muncul di Ampang, bukan saja maki tapi bagi isyarat lucah kepada sekuriti

Bagi pertuduhan pertama, Lee didenda RM100 dan bagi kesalahan kedua, dia didenda RM700.

Dalam pertuduhan pertama, Lee, yang bekerja dalam industri minyak dan gas dilihat menunjukkan isyarat lucah kepada Padam Giri, seorang pengawal keselamatan di pasar raya itu, dengan niat provokasi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Village Grocer M-City, Jalan Ampang, pada 9.30 malam, 16 April lalu.

Kesalahan itu, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, membawa hukuman denda maksimum RM100.

Bagi pertuduhan kedua, Lee didakwa tidak memakai pelitup muka pada masa, tarikh dan lokasi yang sama di bawah Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Kesalahan itu membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebuah video berdurasi 18 saat sebelum ini telah tular mengenai seorang warga asing yang memaki hamun kakitangan keselamatan pasar raya kerana memintanya memakai topeng. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain