suria

Debat Anwar-Najib berlangsung di Matic, 12 Mei ini

Pejabat Anwar dan Najib mengesahkan debat akan berlangsung di Matic, 12 Mei ini.

DEBAT antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur pada 12 Mei.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (6 Mei), pejabat kedua-dua pemimpin itu berkata debat tersebut akan bermula pada pukul 9 malam.

Ia akan disiarkan secara langsung di media sosial serta saluran televisyen yang akan diumumkan kemudian.

"Kedua-dua pihak berharap perbahasan ini akan berjalan lancar minggu depan," kata kenyataan itu.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan empat bekas pemimpin pelajar berkata debat itu sepatutnya dibenarkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya (UM).

Empat bekas ketua pelajar itu ialah Fahmi Zainol (presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 2013/2014), Ammar Atan (presiden Persatuan Mahasiswa UM 2014/2015), Akmal Hazieq (presiden Kesatuan Mahasiswa UM 2018/2019) dan Haziq Azfar Ishak (presiden Kesatuan Mahasiswa UM 2019/2020).

Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil bagaimanapun kemudian mengesahkan UM tidak bersetuju debat diadakan di lokasi tersebut. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain