AHLI Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajudin Abdil Rahman enggan melayan kritikan yang dilemparkan berhubung pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Menurut Tajuddin, dia kini lebih selesa untuk berdiam diri dan hanya akan mengulas isu tersebut apabila tiba waktu yang sesuai. ARTIKEL BERKAITAN: Indonesia setuju pelantikan Tajuddin, kata PM Bekas pengerusi eksekutif Prasarana itu seolah-olah terguris dengan kritikan dan kecaman yang disifatkan tidak adil buatnya "Saya tidak mahu buat kenyataan menceceh sana sini dan cuma urut dada membaca macam-macam yang orang tulis. Sebahagiannya tidak adil kepada saya. "Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu sejak berusia 25 tahun lagi. "Tetapi saya dilayan seolah-olah seperti saya orang tepi jalan. Sebab itu saya nak diam sahaja dan bercakap apabila sampai masanya," ujarnya kepada Utusan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Terengganu. Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar ke Indonesia hanyalah spekulasi selama lapan bulan dan telah mendapat respon negatif daripada Ahli Parlimen Pembangkang. Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dari DAP berkata Tajuddin telah berkali-kali terlibat dalam pelbagai kontroversi dan tingkah laku bukan profesional, sekali gus mempersoalkan pelantikannya. Tajuddin berkata beliau dijangka berlepas ke Indonesia untuk memulakan kerja pada portfolio baharunya minggu depan. "Tentang misi ke sana, sebenarnya ada banyak dalam fikiran tetapi tidak boleh dikongsikan lagi sekarang, tunggulah apabila sudah pergi nanti baru saya cakap," ujarnya. Ditanya sekiranya akan mengubah cara komunikasinya, Tajuddin berkata hal itu tidak penting dan yang utama ialah keikhlasan serta komitmen terhadap kerja. "Saya nak turunkan nada dari segi apa? Seorang pejuang tidak sesekali akan menurunkan nada," ujarnya tegas. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI