suria

Tikam ibu hingga parah: Remaja 14 tahun diikat jamin, masih trauma

Remaja lelaki tersebut menikam ibunya menggunakan pisau ketika mangsa sedang tidur. Gambar hiasan.

REMAJA lelaki yang menikam ibunya sehingga parah dalam kejadian malam Selasa lalu, sudah dibenarkan bebas dengan ikat jamin polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, remaja berusia 14 tahun dibebaskan pada Khamis dan dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut terjun dari tingkat 12 selepas didakwa tikam isteri

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut," katanya sambil menambah, remaja berkenaan masih berada dalam keadaan trauma.

Beliau berkata, polis kini sedang menunggu laporan kejadian daripada ibu remaja berkenaan dan memberi mangsa tempoh untuk pulih sebelum menyambung siasatan.

Ibu remaja berkenaan kini berada dalam keadaan stabil, menurut Zaizul Rizal.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja lelaki menikam ibunya menggunakan pisau dalam kejadian di Pasir Puteh, malam Selasa lalu, dipercayai akibat mengalami masalah halusinasi.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mangsa yang berusia 41 tahun dilaporkan ditikam ketika sedang tidur.

Akibat tikaman di bahagian dada, mangsa berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan pada paru-paru. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain