SEORANG wanita bersalin di dalam kereta gara-gara tidak sempat ke hospital akibat kesesakan lalu lintas. Wanita berusia 39 tahun itu bersama suaminya dalam perjalanan ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas tetapi tidak sempat sebelum melahirkan bayi perempuan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan terserempak dengan kenderaan suami isteri itu di tepi jalan Lintas di Kota Kinabalu dan berhenti untuk memeriksanya kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bersalin dalam kereta beberapa jam selepas hospital dilaporkan memintanya pulang ke rumah Farhan berkata, beliau ketika itu dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat JBPM Sabah yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian. "Saya segera menghubungi bomba dan membantu menenangkan mangsa serta mengikat tali pusat bayi itu. “Sebaik Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) tiba terus memberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya. Farhan berkata, mangsa dan bayi terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini berada di Hospital Likas untuk pemerhatian lanjut. Menurut beliau, ia bukan yang pertama berdepan kecemasan sebegitu malah terdapat kes wanita terpaksa melahirkan anak di balai bomba akibat masalah pengangkutan. "Unit ERMS sudah bersedia untuk menghadapi situasi sebegitu," katanya. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI