SEORANG bekas diplomat dan anaknya yang dikaitkan dengan ladang ganja telah didakwa di Mahkamah Majistret di Bentong atas kesalahan dadah termasuk mengedar yang boleh membawa hukuman mati. Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan anaknya Mohamed Rizal, 53, didakwa di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hashim pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100 pokok ganja hidup subur di perkarangan rumah, bekas diplomat umur 78 tahun ditahan Pada 24 Mei lalu, bekas diplomat itu ditahan berikutan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang tumbuh di pekarangan rumahnya di Janda Baik, Pahang. Bekas diplomat itu ditahan dalam serbuan di rumah manakala anak lelakinya ditahan di Shah Alam. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI