suria

Fasa 1 MRT laluan Putrajaya bermula 16 Jun

Fasa satu MRT laluan Putrajaya akan dibuka pada 16 Jun. foto LOW LAY PHON/The Star

FASA satu MRT laluan Putrajaya sejauh 17.5 kilometer dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu akan dirasmikan oeh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata, Ismail Sabri akan menyempurnakan perasmian itu pada pagi 16 Jun, sebelum operasi bagi penumpang bermula pada pukul 3 petang hari sama.

Fasa satu laluan Putrajaya meliputi 12 stesen iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima, dan Kampung Batu.

Laluan ini membolehkan penumpang membuat pertukaran ke stesen KTM di Sungai Buloh, Sri Damansara Timur (ke Kepong Sentral), dan Kampung Batu.

Sebanyak 13 laluan baharu bagi bas pengantara akan mula beroperasi dengan perkhidmatan MRT bagi laluan tersebut.

Tujuh stesen MRT juga menawarkan kemudahan tempat letak kereta yang boleh menampung lebih 2,800 kereta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain