TUN Dr Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19 pada Rabu. Perkara itu dimaklumkan Pejabat Dr Mahathir menerusi kenyataan pada Rabu. Susulan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). Kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN awal Januari tahun ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif. Pada 16 Disember tahun lalu, media melaporkan Dr Mahathir turut dimasukkan ke institut itu untuk menerima rawatan sama. Dr Mahathir sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 iaitu setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI