suria

Pemakaian pelitup muka dalam kawasan tertutup dah tak wajib - Khairy

Pemakaian pelitup muka dalam bangunan kini adalah atas pilihan sendiri (optional). Gambar hiasan

PEMAKAIAN pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan, kawasan dan ruang tertutup, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata pengumuman tersebut berkuat kuasa serta-merta, di mana penggunaan pelitup muka hanya diwajibkan apabila menggunakan pengangkutan awam di dalam bas, kereta api, teksi, kapal terbang, kenderaan e-hailing serta di hospital dan institusi perubatan.

Bagaimanapun, Khairy berkata pemilik hartanah dibenarkan mengenakan peraturan pelitup muka kepada pengunjung di premis mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke pelitup muka tidak lagi diwajibkan? KJ kata tunggu minggu depan

Walaupun penggunaan pelitup muka di dalam bangunan atau indoor adalah pilihan, Khairy berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menggalakkan ia dipakai di kawasan sesak seperti pasar malam, stadium, pusat beli-belah dan tempat ibadat.

"Individu berisiko tinggi seperti warga emas, wanita hamil, serta mereka yang menghidap penyakit kronik atau mempunyai imuniti rendah juga amat digalakkan memakai topeng muka.

"Individu yang melakukan aktiviti dengan kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak juga dinasihatkan memakai topeng muka," kata Khairy.

Beliau berkata kementerian membuat keputusan untuk menghapuskan kewajipan pemakaian pelitup muka selepas mengambil kira situasi Covid-19 yang semakin pulih di negara ini.

Untuk rekod, Malaysia mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka pada 1 Ogos 2020.

Pada 1 Mei lalu, kerajaan telah menghapuskan keperluan penggunaan topeng muka di luar rumah (outdoor). - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain