suria

Bahang PRU15 kian terasa, permohonan jadi pemerhati dibuka

Permohonan sebagai pemerhati bagi PRU15 dibuka bermula 11 Oktober.

SUSULAN pembubaran Parlimen, permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuka bermula Selasa (11 Oktober) dan akan ditutup pada 21 Oktober.

Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Selasa.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

logo pru15

"Pemerhati dibenarkan untuk membuat pemerhatian bagi proses-proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi serta penjumlahan undi sehingga penisytiharan keputusan pilihan raya.

"SPR mengingatkan mereka yang berminat untuk menyertai program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! PM umum bubar Parlimen, PRU15 menyusul

Mereka yang ingin memohon boleh melayari portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memuat turun borang permohonan.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Tambah Ismail Sabri, penetapan tarikh hari penamaan calon, hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan adalah tertakluk kepada keputusan SPR.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pemerhati PRU, bubar Parlimen, SPR, PRU15,

Artikel Lain