PELUMBA drag, Apeh Jamal maut sewaktu menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings (BOTK) di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini, petang Sabtu. Peh atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di tepi litar berkenaan. Insiden malang itu diumumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport di Facebook rasminya. "Al-Fatihah kepada Apeh Jamal dan salam takziah buat keluarga. Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kelak," tulis kenyataan tersebut. Video insiden berkenaan turut tular di laman sosial. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI