KURANG 24 jam selepas Barian Nasional (BN) mengumumkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Datuk Mohammad Kazim Elias menarik diri daripada bertanding kerusi Parlimen Larut. Pengumuman mengejutkan itu dibuat oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim di Larut, KJ di Sungai Buloh... ini senarai calon BN tanding PRU15 Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud. "Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri," kata Saarani. Pada Selasa malam, BN mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU15. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI