suria

Highlight penamaan calon PRU15: Syed Saddiq ditemani ibu, Zuraida dicabar 8 calon di Ampang

Antara calon tumpuan pada PRU15, Syed Saddiq dan Khairy Jamaluddin.

PROSES penamaan calon bagi PRU15 sudah bermula pada pukul 9 hingga pukul 10 pagi di 222 di pusat penamaan calon di seluruh negara.

Ia membabitkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan tiga negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

Para penyokong parti sudah mula membanjiri pusat penamaan calon di kawasan masing-masing seawal pukul 6.00 pagi.

Berikut adalah 'highlight' sekitar hari penamaan calon pada Sabtu:

- Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tiba di Dewan Kenanga Kompleks Pejabat Kerajaan daerah sekitar pukul 9 pagi bagi menghantar borang pencalonan Parlimen Sungai Buloh. Beliau segak mengenakan baju Melayu berwarna biru

- Selebriti, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mencuri tumpuan ramai apabila tiba di pusat penamaan calon Parlimen Gombak dengan memakai jubah berwarna ungu. Diva AA yang sebelum ini dikatakan akan bertanding di atas tiket calon Bebas Parlimen Gombak pada PRU15, menarik diri selepas mendakwa mendapat mimpi pujukan dari arwah ibunya.

azwan

- Calon Muda untuk kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di pusat penamaan calon dengan mengenakan baju Melayu serba hitam. Beliau turut ditemani oleh ibu dan bapa serta para penyokong.

- Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana atau lebih dikenali sebagai Cleopatra tiba di pusat penamaan calon Parlimen Batu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama pada pukul 8.30 pagi. Influencer anggun yang mengenakan busana rona hijau itu akan bertanding sebagai calon Bebas.

cleo

- Peguam kontroversi, Siti Kasim tiba di pusat penamaan calon bagi Parlimen Batu dengan berbusana hitam dan mengenakan perhiasan 'Orang Asli' di kepala.

siti

- Pusat penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi

- Kerusi Parlimen Ampang menyaksikan pertembungan sembilan penjuru, dengan penyandangnya Zuraida Kamaruddin akan bertarung dengan lapan calon lain termasuk calon bebas.

- Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak Mohamad menyaksikan Datuk Seti Wan Azizah Wan Ismail (PH-PKR), akan berentap dengan penyandang, Datuk Kamarudin Jaafar (PN-Bersatu) dan Datuk Chew Yin Keen (BN-MCA).

zizah

- Enam calon telah tampil untuk bertanding di kerusi Parlimen Petaling Jaya iaitu Chew Hian Tat (BN), Lee Chean Chung (PH), Mazween Mokhtar (Pejuang), Ezam Mohd Nor (Parti Rakyat Malaysia), Datuk Theng Book (Perikatan Nasional) dan Dr KJ John (Bebas).

pj

- Pertembungan empat penjuru di Parlimen Marang, menyaksikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (PAS) akan menentang Jasmira Othman (BN), Dr Zarawi Sulong (Pejuang) dan Azhar Ab Shukur (PH).

hadi

- Pertembungan empat penjuru di Parlimen Tambun antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (GTA-Pejuang)

- Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Nurul Izzah Anwar (PH-PKR), Mohd Zaidi Said (BN-Umno), Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN-PAS) dan Mohamad Nasir Othman (GTA-Putra).

- Penyandang kerusi parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicabar oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin (PH) dan Dr Muhammad Faiz Na'aman dari Perikatan Nasional (PN).

BAGAN DATUK, 5 Nov — Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon bagi Parlimen P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan para penyokong pada penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 di sini hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

- Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh bakal berdepan dengan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) serta Iskandar Shah Abd Rahman (PH).

- Uncle Kentang atau nama sebenarnya, Kuan Chee Heng turut bertanding bagi Parlimen Puchong. Aktivis tersebut bakal bersaing dengan Presiden Parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (BN); Yeo Bee Yin (PH) dan Chew Jyh Gang (PN)

- Lapan calon akan bertanding di kerusi Parlimen Bangi pada PRU15. Mereka ialah Datuk Hoh Hee Lee dari BN-MCA, Shahredzan Johan (PH-DAP), Muhammad Nazrul Md Nazir (Perikatan-PAS), Annuar Salleh (Berjasa), Chee Chee Meng (Parti Rakyat Malaysia), Suthan Mookiah, Muhammad Fauzi Hasim dan Dr Jamal Hisham Hashim akan bertanding sebagai calon bebas.

- Rembau akan menyaksikan pertarungan lima penjuru antara Datuk Seri Mohamad Hasan (BN), S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus (Perikatan Nasional), Ramly Awaluddin (Gerakan Tanah Air) dan Jufitri Joha (Pakatan Harapan)

- Kerusi Dun Bugaya, Sabah akan menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara calon BN-GRS, Pakatan Harapan, Parti Bangsa Malaysia, Pejuang, Warisan, PPRS dan bebas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain