PASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong politik yang menimbulkan kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom, Sabah. Difahamkan, kekecohan itu berlaku susulan pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditolak. Penolakan pencalonan itu dipercayai menyebabkan penyokong parti tersebut menimbulkan kekecohan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video yang tular di media sosial, sekumpulan besar penyokong yang membawa bendera parti KDM dilihat berlari dan menjerit tidak berpuas hati di luar pusat penamaan calon. ARTIKEL BERKAITAN: Saingan 10 penjuru... Tian Chua, Siti Kasim dan Cleopatra antara calon rebut Parlimen Batu Mereka juga dilihat menolak anggota pasukan polis yang bertugas mengawal keadaan di tempat kejadian. Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang bergaduh apabila mereka nampaknya enggan bersurai dan menghentikan kekecohan. Anthony berjaya menyelamatkan diri ketika keadaan huru-hara. Salah seorang pembantu Anthony berkata pencalonan pemimpin itu dibantah oleh seorang calon, menyebabkan dia tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya. Difahamkan, Anthony masih cuba berunding dengan petugas pilihan raya untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Tenom. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI