suria

Nurulhidayah kongsi screenshot mesej WhatsApp ‘backup’ bapa, hairan kumpulan anti Zahid semakin ‘meroyan’

Nurulhidayah muat naik tangkap layar mesej WhatsApp berkaitan kumpulan yang menentang bapanya.

KETIKA politik negara berdepan dengan situasi tidak menentu, anak kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mencuri tumpuan dengan perkongsian berkaitan kumpulan yang menentang bapanya.

Menerusi muat naik di TikTok, Nurulhidayah berkongsi tangkap layar mesej WhatsApp yang dipercayai ditulis Penganalis Politik dan Ekonomi Bebas, Datuk Dr Ramalan Yunus berhubung masa depan politik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam mesej itu, Dr Ramalan mempersoalkan tindakan kumpulan anti Zahid yang didakwa semakin 'meroyan' dan tidak menghormati proses demokrasi.

nurul2

Tangkap layar mesej tular yang dikongsi Nurulhidayah pada Selasa pagi.

"Saya hairan kenapa kumpulan anti Zahid semakin meroyan. Saya bukanlah penganut demokrasi namun saya mampu memahami real politic dalam proses demokrasi dengan baik.

"Tetapi kumpulan anti Zahid yang menjadi penganut tegar demokrasi, kenapa tidak mahu menghormati proses demokrasi? Kenapa mesti mendesak Ahmad Zahid untuk memilih Perikatan Nasional (PN)?

ARTIKEL BERKAITAN: BN tak pernah runding dengan GPS, PN tubuh kerajaan - Zahid

"Apakah PN sudah menemui Ahmad Zahid dan BN sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH)? Kalau suka sangat dengan PN kenapa tak suruh pemimpin kanan PN untuk datang berbincang dengan Ahmad Zahid dan BN?" ujar Dr Ramalan.

Dalam mesej WhatsApp itu, Dr Ramalan turut mempersoalkan kenapa kumpulan berkenaan tidak mengecam Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagaimana kecaman yang diterima Zahid ketika ini.

"Kenapa sewaktu PAS meninggalkan Barisan Nasional (BN) dulu mereka tidak mendesak Hadi Awang untuk kembali bergabung dengan BN? Bukankah PAS sudah ada memorandum persefahaman (MoU) dengan Umno?

WhatsApp Image 2022-11-22 at 11.12.54 AM

Tular foto pertemuan pemimpin BN dan PH pada Isnin.

"Kenapa mereka tidak mengecam Hadi Awang sebagaimana mereka mengecam Ahmad Zahid? Apakah ini semua adalah scheme of things daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin?

"Apakah ada financial transaction yang sedang berlaku di belakang tabir? Pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini memang kempen PN yang paling mewah. Dapat duit dari mana ya?" ujarnya lagi.

Selain berkongsi dia TikTok, Nurulhidayah turut berkongsi tangkap layar sama di Instagram Story.

Pada Isnin, foto memaparkan pertemuan Zahid, Anwar serta beberapa pemimpin PN dan BN tular di media sosial, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa dua parti itu bakal bergabung untuk membentuk kerajaan baharu.

Pada Ahad, Zahid juga menafikan bahawa BN akan bekerjasama dengan PN untuk membentuk kerajaan baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain