BURSA Malaysia melonjak tinggi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10, pada Khamis. Penanda aras Indeks KLCI naik 3.46 peratus kepada 1,493.43 setakat pukul 3.30 petang tadi, menyaksikan ia prestasi terbaik sejak November 2020. Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri Ke-10 pada petang Khamis selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Presiden PKR itu menerima perkenan Agong untuk dilantik menjadi Perdana Menteri selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI