suria

Kementerian Kewangan terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Tangkap layar rakaman kebakaran di Kementerian Kewangan.

TULAR di media sosial beberapa rakaman kebakaran di salah sebuah bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada petang Selasa.

Menerusi rakaman berdurasi 48 saat itu, kelihatan jentera bomba memasuki ruangan parkir di bangunan kejadian.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kebakaran berlaku.

Sementara itu, portal berita FMT melaporkan bahawa kebakaran berjaya dipadam.

Memetik kenyataan sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, lapornya, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.

"Kebakaran berpunca daripada sisa pepejal di tapak pelupusan sampah. Ia dikawal dan tiada kemalangan jiwa," katanya.

Jurucakap Kementerian Kewangan turut mengesahkan berlakunya kebakaran dan berkata kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain