suria

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat kanak-kanak perempuan ditemui, angka korban kini 25

Pasukan bomba di lokasi kejadian. Foto JBPM Selangor

MAYAT seorang kanak-kanak perempuan ditemui di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.

Penemuan mayat mangsa ke-25 itu pada pukul 11.20 malam Selasa.

"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh berjaya menemui mangsa yang ke-25 iaitu seorang kanak-kanak perempuan," menurut laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, lewat malam Selasa.

Ini menjadikan angka kematian meningkat kepada 25.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ibu, anak ditemui berpelukan

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR cari 9 lagi mangsa diteruskan, guna bantuan GPR

Setakat ini, lapan mangsa masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan itu, pada Jumaat lalu.

Seramai 61 mangsa terselamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain