suria

Kes Ebit Lew: “Tunjuk kaki sikit” - Firdaus Wong dakwa lihat mesej, gambar lucah dihantar kepada pengadu

Firdaus (kanan) menjadi saksi pada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit.

PENDAKWAH bebas, Firdaus Wong hadir ke Mahkamah Majistret Tenom di Sabah pada Selasa, bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapi aktivis terkenal, Ebit Lew.

Firdaus Wong atau nama sebenar, Firdaus Wong Wai Hung, 39, memaklumkan ada melihat beberapa mesej serta gambar lucah di telefon bimbit wanita, yang mendakwa kiriman Ebit Lew.

Memetik laporan Harian Metro, mesej dan gambar lucah tersebut dilihatnya daripada telefon bimbit wanita berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp ketika dia bertemu 'pengadu' itu bersama suaminya selepas membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

"Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebie Lew kepada 'pengadu' yang berbunyi 'Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit'.

"Terdapat juga pesanan bertulis menerusi WhatsApp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you'," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Setahun saya menanti..." - Ebit Lew sifatkan mahkamah tempat terbaik dedah kebenaran

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Ebit Lew: Saksi dedah ada lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman

Firdaus berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew.

Firdaus turut memberitahu mahkamah, dia melihat terdapat gambar kemaluan lelaki yang dihantar kepada pengadu dalam perbualan wanita itu dengan Ebit.

Pada 18 Februari lalu, Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, 37, didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Ebit sebelum ini dikenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan selepas mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain