SEBUAH gerai roti canai terkenal di Jalan Transfer, Georgetown diarah tutup selama dua minggu kerana tidak mengikut piawaian kebersihan. Difahamkan, pihak berkuasa dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut pada pukul 11 pagi Isnin. Hasil pemeriksaan, mereka dilaporkan menemui najis pada telur ayam dan mendapati pekerja gerai tidak menghadiri kursus pengendalian makanan. Notis penutupan telah dikeluarkan berkuat kuasa serta-merta di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan akan berkuat kuasa sehingga 16 Januari. ARTIKEL BERKAITAN: Restoran tikus berselera ‘jamah’ ayam goreng diserbu, KKM arah kedai tutup 14 hari Pemilik gerai berkenaan turut dikenakan kompaun RM500 kerana gagal memastikan pekerjanya menghadiri kursus. Sebuah gerai minuman bersebelahan turut didenda RM500 berikutan dikesan mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais. Bagaimanapun, pelanggan yang beratur panjang untuk menikmati roti canai kelihatan tidak terganggu dengan kehadiran pihak berkuasa dan isu kebersihan, ekoran ramai yang dilihat masih berbaris. Pemilik gerai, Shahjahan Abdul Hamid kemudian memohon maaf kepada pelanggan dan akur dengan notis penutupan. Terdahalu, sebuah video tersebar di media sosial mendakwa pekerja di gerai berkenaan gagal mengamalkan kebersihan yang baik. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI