suria

Lelaki cemburu bekas kekasih keluar dengan teman lain, cetus pergaduhan di pusat hiburan

Selain suspek, polis mengesan 6 individu lain yang dipercayai terbabit dalam insiden itu. Gambar hiasan

GARA-GARA cemburu, seorang lelaki bertindak menyerang bekas kekasihnya kerana berang melihat wanita berkenaan keluar bersama rakan-rakan lelaki lain di sebuah pusat hiburan di Kota Syahbandar, Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, seorang pelajar berusia 23 tahun dari Taman Puncak Bukit Katil membuat laporan polis pada pukul 3.20 pagi Ahad (5 Feb) terhadap suspek yang didakwa menyerangnya ketika dia sedang minum bersama rakan-rakan.

Christopher berkata, wanita itu mendakwa suspek yang juga berusia 23 tahun, menolaknya ke tanah dan memukul rakannya dengan botol dan kerusi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam berlarutan lama punca peniaga Padang Kota Lama bergaduh, 7 individu ditahan polis

Menurut Christopher, polis kini turut mengesan enam lagi individu lain yang dipercayai terbabit dalam insiden itu.

Katanya, serangan itu dipercayai bermotifkan cemburu dan suspek ditahan di Jalan Kota Melaka pada pukul 7 pagi hari yang sama.

Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bahaya secara sukarela dengan menggunakan senjata atau cara berbahaya. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain