suria

“Pakai macam ni pun kena komen lucah” – Turun padang buat kerja, Young Syefura kesal jadi mangsa gangguan lelaki gila seks

Young Syefura kesal dengan komen berbaur lucah yang dilemparkan terhadap beliau.

GANGGUAN seksual nampaknya tidak mengenal mangsa.

Wakil rakyat juga tidak terkecuali apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melemparkan kata-kata lucah kepada Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Seorang pengguna Facebook didakwa mengeluarkan komen berbaur lucah terhadap beliau menerusi sekeping gambar yang dimuat naik ahli Parlimen itu di laman sosialnya.

"Sedap betul tengok dia ni basah-basah masa hujan. S**m terus aku. Ni kalau dapat ni memang dari malam ke petang tak berhenti ****** ni sampai dua-dua tak larat nak bangun. Sedap punya pasal," tulis lelaki berkenaan di ruangan komen di Facebook.

Namun, apa yang menghairankan adalah foto tersebut menunjukkan Young Syefura memakai pakaian sopan, berbaju kurung dengan baju hujan lengan panjang di bahagian luar, serta berkasut sukan ketika hujan.

Komen berbaur lucah yang didakwa dikeluarkan terhadap Young Syefura.

Komen itu ternyata menarik perhatian Young Syefura yang terkejut dengan kata-kata tidak senonoh yang dilemparkan terhadap beliau.

"Pakai macam ni pun kena komen lucah," tulis Young Syefura menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya, pada Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula rapat dada, kemudian tangan menjalar ke paha... Gadis cosplay cerita insiden diganggu lelaki nak bergambar

Dalam ciapan itu, beliau turut berkongsi tangkap layar komen berkenaan, manakala gambar profil Facebook dan foto lelaki yang didakwa pula dimuat naik seorang pengguna Twitter.

Foto tersebut dirakamkan pada Selasa ketika Young Syefura meninjau kawasan Bukit Tinggi , Pahang yang dilanda banjir kilat petang Ahad, yang menyebabkan runtuhan batu dan jalan yang berlaku di FT 68 Sec 43.4 Jalan Lama Bentong - Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama beliau adalah Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Ciapan Young Syefura di laman Twitter beliau.

Menerusi bebenang atau komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan komen berbaur lucah yang dikeluarkan itu.

Malah, segelintirnya menyarankan ahli Parlimen itu membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Buat laporan polis YB (Yang Berhormat). Gangguan ni.

"I feel you. I pun kena gangguan seksual masa pakai macam ni. Dasar jantan lemah!

"Sesetengah rakyat berniaga jahat dan bebal ni tak faham-faham ke? Seorang ahli Parlimen tengah buat kerja dalam keadaan yang kritikal. Tak ada tempatnya buat komen-komen bodoh macam ni," komen netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan mengeluarkan komen lucah dan gangguan seksual bukan sahaja salah daripada segi undang-undang malah haram dalam Islam, dan semua pihak harus menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain