APABILA bermulanya bulan Ramadan, umat Islam perlu menyesuaikan diri dengan perubahan rutin harian seperti waktu makan dan sebagainya. Terbaharu, tular video lucu memaparkan seorang anggota polis yang tidak sengaja makan gula-gula pada hari umat Islam mula menunaikan ibadah puasa, Khamis. "Bila kau terlupa hari ini hari pertama puasa," tulis kapsyen di akaun TikTok Acurose_Official. Menerusi video tular itu, anggota berkenaan menjadi bahan ketawa selepas dia secara selamba mengunyah gula-gula di hadapan rakan sekerjanya. Dia yang kelihatan terkejut terus menekup mulut sebelum bangun untuk membuang gula-gula tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu suruh hantar lunch, cucu ‘bertuah’ sakat nenek nyanyuk... tanya ‘kenapa tak puasa’, opah cerita mandi! Video berkenaan meraih empat juta tontonan dan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. "Hari pertama puasa, macam-macam ragam. Dah macam anak-anak baru masuk sekolah pula. "Betul-betul terlupa tak apa. Boleh teruskan puasa. Kalau buat-buat lupa memang batal la. "Hari pertama puasa perkara biasa kalau lupa. Maklumlah setahun sekali je puasa," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube