suria

Padah dera anak dengan 'hanger' sehingga maut! Pasangan suami isteri ditahan

Kanak-kanak maut didera menggunakan tangan dan hanger.

KEJAM! Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai dipukul ibu dan ayahnya.

Susulan kejadian tersebut, pasangan suami isteri yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu ditahan di rumah mereka pada jam 1.30 petang, 28 April (Jumaat).

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan didera dengan tangan selain penyangkut baju (hanger).

"Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, belakang telinga, perut dan kaki disahkan meninggal dunia ketika tiba di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), sekitar 8.20 pagi, Jumaat.

"Hasil tangkapan, pihak polis telah membuat beberapa rampasan barang lain yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa," katanya pada Sabtu.

Kedua-dua suspek direman di Mahkamah Johor Bahru dan tempoh reman bagi suspek lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan adalah selama tujuh hari hari, mulai 29 April hingga 5 Mei manakala suspek wanita yang tidak bekerja merupakan ibu kandung mangsa ditahan selama dua hari mulai 2 April hingga 30 April.

Kes di siasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Penganiayaan, Pengabaian, Pembuangan atau Pendedahan Kanak-kanak).

Jika disabit bersalah boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain