suria

Bekas pelajar antara tiga ditahan kerana merompak sekolah swasta

Bekas pelajar dan rakan ditahan bagi bantu siasatan.

SEORANG bekas pelajar dan dua yang lain ditahan kerana didakwa menceroboh sebuah sekolah swasta dan mencuri komputer.

Pada 6 Mei lalu, pengurus sebuah sekolah swasta di Taman Ampang Utama menyedari tanda-tanda pecah masuk di salah sebuah bilik sekolah berkenaan.

Apabila diteliti lebih dekat, dia mendapati sebuah dekoder TV dan 13 komputer riba telah hilang, dengan kerugian dianggarkan sekitar RM8,000.

“Pada 9 Mei antara 3.30 petang hingga 8.40 malam, tiga suspek lelaki berusia antara 19 hingga 20 tahun telah ditahan.

"Seorang adalah bekas pelajar," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dalam satu kenyataan.

Penahanan dibuat di Jalan Ampang Kiri, Taman Ampang Utama dan Jalan Putra Sulaiman Ampang.

Polis turut merampas lapan komputer riba dan dua telefon bimbit.

Kes disiasat kerana melakukan pecah rumah. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain