suria

"Sekarang boleh terus mengedit video" - Sofyank teruja beg 'berharga' ditemui semula, dari Singapura ke Filipina!

Sofyank gembira begnya ditemui semula

PEREKA kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank96 menzahirkan rasa syukur selepas beg yang mengandungi barangan penting termasuk hasil projek video yang belum diterbitkan, ditemukan semula selepas 10 jam membuat hantaran berkaitan.

Malah dia turut meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu menyebarkan info berkaitan kehilangan beg tersebut.

"Akhirnya, saya dapat menghubunginya! Saya amat berterima kasih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Clark atas kerjasama, mereka menghubungi dan berjaya mengesan beg saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penganjuran parti seks liar... Polis beri amaran, bakal ambil tindakan tegas

"Ribuan terima kasih kepada semua orang yang membantu menyebarkan berita tentang ini, dan jutaan terima kasih kepada mereka yang menghubungi rakan di sekitar untuk membantu.

"Saya amat menghargai bantuan anda," ujarnya menerusi perkongsian di halaman Twitter.

Dia yang gembira turut berseloroh memaklumkan boleh kembali membuat suntingan video yang belum diterbitkan itu.

"Sekarang saya boleh terus mengedit video," tambahnya.

Terdahulu, dia memaklumkan terdapat individu yang disyaki terambil beg berjenama FlyScoot miliknya semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 25 Mei.

Beg tersebut pada awalnya dikesan berada di lokasi yang sama menerusi AirTag yang dihubungkan kepada telefon pintarnya.

Pun begitu pengesanan berhenti pada jam 6 pagi dan berkemungkinan individu terbabit dalam penerbangan ke tempat lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Sofyank96, content creator,

Artikel Lain