suria

Lelaki tikam kekasih 18 kali, kelar leher sebab cemburu... Kemudian cuba bunuh diri sendiri tapi tak mati

Seorang lelaki ditangkap selepas gagal dalam cubaan bunuh diri di Salak Selatan.

SEORANG lelaki warga asing cuba membunuh diri sendiri dengan berbaring di landasan kereta api berhampiran Salak Selatan selepas membunuh kekasihnya.

Lelaki itu, bagaimanapun, terbaring di landasan yang salah sebelum dia ditangkap oleh polis bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar 4.50 petang pada 3 Jun selepas lelaki itu ditangkap di stesen Laluan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) berhampiran Salak Selatan.

“Suspek kemudian diserahkan kepada polis Cheras. Ketika disoal siasat dia mengaku membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Kelana Jaya," katanya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tikam, toreh perut, bakar kekasih hamil... Lelaki didakwa bunuh

Tambahnya, suspek kemudian membawa polis ke unit kondominium di mana polis menemui enam lelaki dan seorang wanita.

“Dalam sebuah bilik, polis menemui teman wanitanya, juga warga asing, terbaring tidak bergerak dan berlumuran darah. Kami turut menemui sebilah pisau berhampiran tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan kami, suspek dan mangsa telah memasuki Malaysia menggunakan pas pelawat tiga bulan lalu,” katanya sambil menambah siasatan mendapati wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak di tanah airnya.

Katanya, suspek dipercayai menikam wanita itu sekurang-kurangnya 18 kali dan mengelar lehernya.

“Siasatan lanjut mendapati motifnya adalah cemburu. Suspek percaya kekasihnya curang dan menyerangnya,” katanya sambil menambah polis telah menahan reman tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain