suria

Tragis nahas tiga kenderaan, 2 warga emas antara 3 maut di lokasi kejadian

Pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa di lokasi kejadian. -Gambar ihsan Bomba

DUA warga emas antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza, Perodua Myvi dan Toyota Vios.

Ketika kejadian, kenderaan MPV Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu MPV dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua MyVi.

"Kereta Perodua MyVi kemudian dilanggar pada bahagian sebelah kanan oleh kereta Toyota Vios yang datang dari arah Segamat.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios dan seorang penumpangnya serta seorang penumpang Perodua MyVi meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Tiga mangsa yang maut masing-masing berusia 66, 65 dan 19 tahun.

Mohd Zaidi berkata, siasatan mendapati tiga individu menaiki Alza manakala Myvi dinaiki lima individu dan Vios pula empat individu.

Sembilan lagi mangsa cedera dan menerima rawatan di Hospital Pekan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain