suria

“Bayar RM1,300 bukan untuk kau hempuk anak aku” - Ibu terduduk lihat pengasuh dera si kecil, patutlah tak bagi tengok rakaman CCTV

Keadaan kanak-kanak yang didera pengasuh terbabit.

SEORANG wanita tidak menyangka kes dera di pusat jagaan kanak-kanak akan berlaku kepada anaknya.

Menerusi perkongsian di Twitter, Rin Azmin mengaku sedih kerana merasakan dirinya ditipu oleh pusat jagaan berkenaan selepas mendapati kesan kecederaan pada anaknya bukan disebabkan terjatuh seperti yang didakwa.

"Kejadian kes dera kena kat anak aku sendiri. Aku terduduk rasa nak pitam apabila dapat tahu... beraninya pusat jagaan tipu depan muka kami.

"Aku bayar RM1,300 sebulan untuk keselesaan dan keselamatan anak aku, bukan untuk kau hempuk-hempuk anak aku," luahnya.

Lebih menyedihkan apabila kejadian itu hanya dilihat oleh kakitangan yang lain tanpa seorang pun tampil untuk membantu mahupun menghalang rakan sekerja mereka.

Rania dimasukkan ke wad.

Rania dimasukkan ke wad.

"Orang lain, staf yang tengok tu apa perasaan anda? Tak ada hati perut, sanggup biar anak aku kena macam tu depan mata.

"Tujuan aku menulis kat sini adalah untuk membuka mata semua pihak termasuk taska, parents yang hantar anak ke situ," luahnya lagi.

Menerusi rakaman video yang tular itu, dapat dilihat beberapa lagi orang dewasa berada berhampiran pengasuh terbabit dan anaknya tetapi tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Malah mereka hanya melihat tindakan kasar pengasuh terbabit tanpa seorang pun menghalang atau menghentikan tindakannya.

Dakwa wanita itu lagi, pada 3 Ogos lalu anaknya, Rania pernah mengadu takut dan menangis kerana tidak mahu ke sekolah.

1 September pula saya telah mengambil cuti dan menghubungi HQ taska tetapi tidak dapat. Saya pergi dengan tujuan untuk tengok bukti anak saya jatuh.

RIN AZMIN

Disebabkan itu, dia memohon untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska bagi mengetahui punca anaknya takut.

Bagaimanapun permintaannya itu tidak mendapat keizinan pihak kakitangan terbabit sehinggalahdia terpaksa memohon daripada ibu pejabat.

"Saya telah memohon dari pihak taska untuk tengok CCTV kerana bimbang kenapa dia (Rania) takut ke sekolah sedangkan sudah lama berada di situ.

"Pihak taska cakap tak dapat bagi tengok. Saya hubungi HQ (ibu pejabat) taska sendiri untuk kebenaran tengok, malangnya saya diberi tengok secara rawak.

"Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan siasatan secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak takut ke sekolah," jelasnya lagi.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Pada 30 Ogos pula, suaminya telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang dan seorang kakitangan yang dipercayai melakukan penderaan memberitahu terlanggar anaknya ketika sesi bermain bersama kanak-kanak yang lain.

Namun, dia mendapati terdapat kesan cubitan pada pipi kiri dan kanan serta di lengan.

Malah anaknya mengadu sakit semasa mukanya dibasuh.

"Saya telah memohon untuk tengok CCTV daripada pihak taska pada malam Rabu tapi tiada maklum balas... taska juga tidak dapat dihubungi.

"1 September pula saya telah mengambil cuti dan menghubungi HQ taska tetapi tak dapat. Saya pergi dengan tujuan untuk tengok bukti anak saya jatuh.

"Mereka tak benarkan atas alasan staf HQ ramai yang cuti dan mereka ada mesyuarat untuk dihadiri," tambahnya sambil menyatakan hanya boleh tengok CCTV pada hari Isnin.

Susulan itu, pada 4 September, suaminya telah ke taska untuk melihat rakaman dan mendapati seorang pengasuh telah mencubit dan menghempuk kepala Rania ke lantai.

Disebabkan itu, Rania ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut bagi kecederaan dalaman serta luaran.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya menzahirkan rasa marah terhadap pengasuh terbabit yang disifatkan tidak berhati perut.

"Bukan nak bodyshame, tapi perasan juga pengasuh yang suka dera budak-budak ni mesti badan gemuk.

"Kalau tahu diri tiada kesabaran dengan anak-anak kecil, tak payahlah sibukkan diri kerja di taska jaga anak orang.

"Dasar tak cukup kasih sayang, harap badan saja besar dengan budak kecil pun koyak.

"Aku pula yang sakit jiwa tengok. Badan saiz begitu selalu buat hal dera budak, mak ayah dia bayar mahal... kau boleh jaga macam tu," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan