MEMBACA laporan atau perkongsian di media sosial mengenai kes buli di sekolah pasti merisaukan ibu bapa. Melalui satu hantaran di Facebook, wanita dipercayai penjaga kepada seorang pelajar sekolah menengah mendedahkan rakaman video tersembunyi menunjukkan insiden buli. Dalam video itu, mangsa yang merupakan seorang pelajar perempuan dilihat ditampar beberapa kali oleh rakannya. Difahamkan pertengkaran berpunca daripada mangsa yang memuat naik gambar pelaku yang memalukan di platform TikTok. Menerusi video tesebut, pelaku diperhatikan memeriksa telefon pintar mangsa ketika di dalam bilik darjah dan bertanyakan secara kasar dari mana mangsa mendapat gambar tersebut. "Mana kau dapat gambar muka aku dalam phone kau ni? Kau cakap sekarang! Aku nak tahu tu je. Aku tak ngam tau dengan budak ni. "Aku tahu ramai budak sekolah yang tak puas hati dengan kau ni. Kau dah melebih-lebih ni, post la gambar member kau, bukan muka aku," kata pelaku terbabit sambil menampar mangsa. Insiden tegang yang dirakamkan di dalam bilik darjah di sebuah sekolah. Seorang lagi pelajar kedengaran cuba meleraikan insiden tersebut namun tidak diendahkan si pelaku. "Kau diam eh, kau jangan masuk campur," kata pelaku itu. Dalam satu video lain yang dimuat naik oleh akaun sama, pelaku tersebut dilihat hadir ke rumah mangsa dan bercakap dengan penjaga pelajar berkenaan. Pelaku itu menjelaskan dia bengang apabila mangsa tanpa izin memasukkan gambar wajahnya ke media sosial sedangkan mereka tidak rapat berkawan antara satu sama lain. "Saya ada masuk kelas dan bengkel sekali dengan dia, tapi saya tak pernah tegur dia. Saya pun tak pernah cari masalah dengan dia. "Lepas tu secara mengejut dia post gambar saya dekat TikTok, gambar yang saya tak pernah tangkap guna phone dia, tiba-tiba ada. Itu pun kawan saya yang beritahu. Views gambar tu di TikTok dah 309. "Saya akui salah saya juga kerana melebihi batas, saya minta maaf, mungkin tadi saya tak dapat mengawal emosi. Ini kali pertama saya berkelakuan sebegini, sebelum ini saya tak pernah buat apa-apa hal di sekolah. Yang mangsa tu pun kenapa nak post gambar budak tu tanpa sebab? Itu dikira satu bentuk pembulian juga. WARGA MAYA "Saya minta maaf sekali lagi makcik," jelas pelaku. Bagaimanapun, penjaga mangsa dilihat tidak berpuas hati dan mahu berjumpa dengan ibu bapa pelaku. "Awak rasa betul ke apa yang awak buat ni? Awak tampar dia (mangsa) sampai lima kali, ini bukan khilaf dah ni, saya rasa ni memang tabiat awak untuk garang macam tu. "Tak patut awak buat macam ni, video TikTok tu pun dah delete kan. Ini baru saya nak pergi buat report polis dan saya nak berjumpa dengan ibu bapa awak," kata penjaga itu. Pelaku seterusnya bersetuju untuk bekerjasama membawa ibu bapanya berjumpa penjaga mangsa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan kedua-dua pihak bersalah dalam hal ini. "Yang mangsa tu pun kenapa nak post gambar budak tu tanpa sebab? Itu dikira satu bentuk pembulian juga. Yang pelaku tu pula boleh je nak tegur atau marah, tapi jangan sampai angkat tangan. "Aku boleh puji pelaku, dia berani nak pertahankan diri dia apabila dimalukan di media sosial, tapi sampai memukul tu dah tak bagus," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube