suria

Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada pergerakan dikesan pada rakaman video dashcam

Siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut bagi mendapatkan fakta dan maklumat berhubung kes bunuh Zayn Rayyan. -Gambar Faihan Ghani/TheStar

TERDAPAT pergerakan dikesan pada rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dipetik Sinar Harian, setakat ini ada pergerakan dikesan, namun tidak dipastikan sama ada ia merupakan individu atau objek lain.

"Semakan 'dashcam' ini kita masih jalankan, ada pergerakan namun kita masih meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

"Bagaimanapun, kita tidak dapat dedahkan secara lanjut hasil analisa berkenaan, sama ada individu atau penduduk, kita sedang analisa lebih lanjut," katanya pada Selasa, mengulas perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn: Polis jumpa petunjuk menjurus kepada 'seorang individu', siasat dashcam setiap kenderaan

Dalam perkembangan berkaitan, ujarnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menggerakkan usaha mengepam keluar takungan air berdekatan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan.

Jelasnya, usaha berkenaan dijalankan bagi mendapatkan bukti baharu dan sebarang petunjuk berkaitan kes ini.

"Setakat ini belum terdapat sebarang penemuan baharu, namun usaha tetap dijalankan bagi membantu siasatan berkaitan kes ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain