suria

Pensyarah mati dibunuh guna dumbbell, suami direman 7 hari

Suami yang panas baran pastinya menjadi mimpi negri setiap isteri. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang disyaki membunuh isterinya menggunakan dumbbell direman tujuh hari atas kebenaran Mahkamah Majistret, Shah Alam, Selangor.

Perintah reman untuk suspek berumur 38 tahun itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi yang bermula pada Sabtu sehingga Jumaat depan.

Tempoh reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, memetik Kosmo, seorang pensyarah kolej mati dibunuh suaminya sendiri susulan ketegangan yang berpunca daripada perasaan cemburu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek pada mulanya membawa isterinya ke Hospital Shah Alam (HSA) selepas dikatakan tidak sedarkan diri akibat mengalami sawan.

Mangsa berusia 33 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira jam 5.33 pagi.

Namun, kekejaman suspek akhirnya terbongkar apabila pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh mangsa.

“Bertindak atas maklumat, suspek kemudiannya ditahan pukul 12.49 tengah hari di HSA.

“Senjata berupa sebuah dumbbell yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul isterinya turut dirampas,” katanya

Menurut Iqbal, siasatan mendapati pasangan tersebut baru berkahwin pada April lalu dan menjalani kehidupan rumah tangga secara pasangan jarak jauh (PJJ) serta belum mempunyai anak.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau kes pukul dan dadah.

"Malah, hasil ujian saringan air kencing dapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain