KEMALANGAN melibatkan empat kereta dan tiga treler berlaku di Kilometer (KM) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, antara laluan Gopeng ke Simpang Pulai di Perak, pagi Sabtu. Perkara itu disahkan oleh PLUS Malaysia menerusi satu kenyataan di Facebook. Dilaporkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi. ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya PLUS "Semua lorong kedua-dua arah masih terhalang. Trafik tidak bergerak. "Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah selatan) dan Plaza Tol Gopeng (arah utara)," menurut PLUS Malaysia mengemaskini perkembangan setakat pukul 9.05 pagi. Menerusi satu siaran langsung (live) dibuat oleh pelayar di TikTok, video memaparkan tumpahan gula dipercayai berlaku di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan dua arah jalan ditutup, menurut seorang pelayar di Facebook. "Ingatkan salji rupanya gula. Info terkini kemalangan di Simpang Pulai, dua arah jalan ditutup sebab lori gula rempuh kereta. "Kemalangan boleh berlaku dekat mana-mana dan bila-bila masa," ujarnya dalam hantaran tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube