suria

Individu ganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang ada kad OKU, 3 rekod jenayah

Suspek wanita mempunyai kad OKU masalah mental.

SALAH seorang individu yang membuat kacau dan mengganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang pada Selasa mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis negeri Datuk Khaw Kok Chin, berdasarkan semakan, suspek lelaki dan wanita mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Sama ada suspek wanita menghidap masalah mental, kita akan semak termasuk juga status pemegang kad OKU, yang hal ini kita sedang siasat.

"Bagaimanapun, dalam hal ini kita tegaskan bahawa salah tetap menjadi kesalahan," katanya selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua individu buat kacau atas Jambatan Pulau Pinang... Selamba tendang, libas penunggang motosikal

Mengulas lanjut, Khaw berkata, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan berhubung kes itu.

"Perintah reman selama empat hari sudah diperoleh bermula Rabu hingga 10 Februari untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,"katanya.

Ditanya status sebenar hubungan kedua-dua suspek, Khaw berkata, pengesahan awal yang diterima bahawa mereka berdua adalah pasangan suami isteri.

"Namun maklumat terbaru kita peroleh, suspek lelaki ini sudah convert (memeluk) agama Islam manakala suspek wanita pula berbangsa Cina dan kalau ikut undang-undang apabila lelaki (Cina) masuk Islam automatik isteri pun beragama Islam. Hal ini kita akan sahkan kemudian," katanya.

Media semalam melaporkan dua suspek berusia 37 dan 50 tahun ditahan susulan video tular yang memaparkan kelakuan berbahaya pasangan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain