SEORANG pelanggan meluahkan rasa kecewa selepas membeli makanan dari sebuah gerai di Pasar Malam Bintong, di Perlis. Dalam hantarannya di Facebook, pelanggan wanita itu menceritakan tentang nasi kerabu bersama lauk ayam bakar yang dibeli. Katanya, dia mengalami sakit perut setelah makan ayam bakar yang rasanya sudah basi. Hantaran dibuat yang tular di Facebook. "Beli nasi sudah la mahal sekarang ni. Kena pula ayam bakar masam dan berbau busuk pula. "Nak berniaga tu biarlah jujur sama. Ni buat orang sakit perut je. Beli dekat Pasar Malam Bintong. "Tolong la buat makan tu biar orang boleh makan ya bukan kira nak untung sahaja, " ujarnya. Postingnya itu kemudian menjadi tular dalam grup Saya Anak Perlis dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Makanan sampai di tangan, terus mengadu nasi basi, sambal pedas... Peniaga bengang kena penalti, pelanggan licik nak makan ‘free’ ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengadu makanan basi, ayam busuk di bazar Ramadan... jangan sampai terkena jangkitan salmonella Susulan tularnya hantaran itu, pemilik Zam Nasi Kerabu Tumis tampil pada Khamis, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggan-pelanggannya termasuklah individu yang berkongsi hantaran tersebut. Memilih untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, peniaga turut meninggalkan nombor telefon untuk pelanggan yang membeli nasi kerabu di gerainya pada Rabu membuat tuntutan ganti rugi. "Kami minta maaf atas kesilapan kami. Kami mengaku ini kecuaian daripada pihak kami. "Mana-mana pelanggan yang beli hari ni (Rabu) di Pasar Malam Bintong boleh mesej kami untuk permohonan maaf dan ganti rugi," jelasnya. Peniaga yang jujur dalam perniagaan. Tidak berdiam diri dan terus mengaku kesilapan. NETIZEN Hantaran tersebut mendapat pujian ramai yang mana rata-rata berpandangan peniaga itu telah mengambil tindakan sewajarnya susulan insiden tersebut. Malah, mereka turut berharap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran oleh penjual-penjual lain pada masa akan datang. "Terbaik Zam Nasi Kerabu Tumis. Peniaga yang jujur dalam perniagaan. Tidak berdiam diri dan terus mengaku kesilapan. "Kadang-kadang peniaga tak tahu benda tu busuk atau rosak. Tak kan setiap makanan berniaga nak rasa dulu? Mereka akan rasa seketul dua saja. Komen netizen di Facebook. "Terbaik peniaga ni. Harap jadi iktibar kepada peniaga lain juga. Mungkin kali ini nasib tak menyebelahi Zam. Ada juga peniaga lain yang selalu jual benda yang 'perangat' (dipanaskan semula) cuma bernasib baik je tak viral," kata beberapa netizen. Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor haram hukumnya jika seorang peniaga menjual sesuatu makanan yang tidak berkualiti termasuk hangit serta basi. Katanya, peniaga yang menjual makanan sedemikian bukan sahaja terpalit dalam penipuan transaksi jual beli malah ia termasuk dalam pengertian makan harta orang lain secara salah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube