IDENTITI dua juruterbang yang terkorban dalam nahas pesawat ringan pada petang Selasa akhirnya diketahui. Berdasarkan 'manifest' (senarai nama penumpang pesawat), mangsa yang terbabit adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Tambah Hussein, mangsa yang difahamkan berasal dari Johor dan Pulau Pinang ditemukan sekitar pukul 2 petang di dalam kokpit. ARTIKEL BERKAITAN: Mayat 2 juruterbang berjaya dibawa keluar, dihantar ke HTAR untuk bedah siasat Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas dekat Kapar pada petang Selasa. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi. Mayat kedua-dua mangsa yang juga warganegara Malaysia itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kira-kira pukul 8.10 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube