suria

Bom ikan: Nelayan umur 40 tahun ditahan bersama pelbagai bahan letupan

Lelaki itu ditahan kerana dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

SEORANG nelayan ditahan kerana dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu pada awal pagi Rabu.

Warga asing berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah di Kampung Pondo sekitar pukul 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, serbuan itu dibuat berikutan maklumat mengenai sebuah rumah yang digunakan untuk menyimpan dan membuat bahan letupan.

Dalam serbuan itu, polis menahan suspek dan merampas pelbagai barangan termasuk satu guni berisi baja ammonia nitrat, petrol 7.6 liter, 40 biji detonator dan segulung wayar.

“Lelaki itu mengaku memiliki bahan letupan itu dan berkata semua hasil tangkapannya dijual di pasar ikan di bandar ini," katanya.

Azmi berkata, suspek juga mendakwa memperoleh bahan untuk membuat bahan letupan dari Pulau Mangsi di Filipina. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain