DUA individu terkorban dalam insiden letupan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong Utama dekat Puchong, Selangor pada Jumaat. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 10.14 pagi. Menurutnya, insiden berpunca daripada letupan membabitkan gas 'acetylene' di sebuah premis. "Kerja ventilasi dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih bersisa," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, insiden tersebut turut mengakibatkan dua lagi individu mengalami kecederaan. Tambahnya, pegawai perubatan berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang cedera. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube