suria

Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan

Keadaan kereta yang remuk teruk akibat bertembung dengan sebuah lori 10 tan.

DUA maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori 10 tan di Jalan Sandakan, pada petang Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Kenneth Wilfred berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Kamaludin Jaffren, 35; dan warga Indonesia, Nurul Hidayah Abd Rahim.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua masuk ICU terlibat kemalangan berantai 7 kenderaan... Kereta elak motosikal terbabas jadi punca

"Lima lagi mangsa, iaitu tiga yang menaiki kereta dan dua penumpang lori mengalami kecederaan parah.

"Dua lagi penumpang lori selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Kenneth, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala lima yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain