TIGA warga Bangladesh maut akibat dilanggar tren komuter. Kejadian berlaku di landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Taman Puncak Utama Jade Hill dekat Kajang, Selangor. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 10.53 malam Ahad. "Mangsa didapati menceroboh masuk ke kawasan landasan. "Kesemua mangsa berusia antara 30 dan 40 tahun dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin. Ahmad Mukhlis berkata, akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa tercampak ke sisi laluan tren komuter Beliau menambah, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube