KERAJAAN bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April depan. Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, insiatif tersebut adalah sebagai meraikan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. ARTIKEL BERKAITAN: Jom jalan-jalan! Kerajaan umum tol percuma selama 2 hari sempena Tahun Baharu Cina "Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa). "Melalui inisiatif ini Kerajaan memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta. "Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim," kata kenyataan itu lagi. Jelasnya lagi, pendekatan pemberian tol percuma ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube